Welcome to theredgirl's blogs

Friday, October 17, 2014

Encik Awan

Ok. gambar ni tetibe je. abaikan! ^^'


Di suatu petang yang mendung.

" Haura', kalau ada lelaki nak mengorat awak. Jangan terlalu cepat percaya. Jangan terlalu cepat jatuh. Dia tak serius. Dia cuma main-main. Dia cuma nak test. Kalau dapat, dapat. Kalau tak dapat, dia cari orang lain. Kalau dia serius dia tak akan membazirkan masa dengan benda yang sia-sia. Serius cuma sia-sia. Kalau dia serius, dia akan buat dengan serius. Dapatkan dengan cara terhormat. "

Itu antara kata-kata terakhir yang Haura' ingat. Aneh. Kata-kata tu dizahirkan oleh seorang lelaki.

Atau sebenarnya, ini kata-kata yang terakhir. Terakhir sekali yang Haura' ingati  tentang dia.

" Haura'. Bila-bila masa sahaja yang Dia izinkan seperti yang telah tertulis dalam takdir-Nya, jika awak adalah jodoh saya, saya akan dapatkan awak dengan cara yang terhormat. Dan seandainya awak tercipta dari takdir-Nya buat seseorang yang lain, saya doakan dia juga akan dapatkan awak dengan cara yang terhormat. Dan awak, peganglah kata-kata saya tadi. Letakkan di hati. Jaga diri Haura'. Assalamualaikum. "

Dia melangkah pergi. Pergi tanpa sempat Haura' menzahirkan kata-katanya sendiri.

Dua tahun berlalu. Dua tahun itu juga Haura' tidak pernah bertemu lagi dengan si pelantun kata-kata itu. Malah, tiada juga sebarang khabar berita. Whatsapp, Wechat, Facebook- Segala komunikasi atau medan sosial yang ada yang menjadi kegilaan ramai manusia- terhenti dan seakan tiada yang akan bersambung. Seluruhnya.

......................................


" Sanah Helwah Syak. "

Satu ucapan singgah pada Syakir. Kemudian dua, tiga, empat dan akhirnya dia sendiri sudah tidak mampu menghitung lagi. Dia membalas dengan senyuman.

" Sanah Helwah akhi! "

Satu ucapan entah yang keberapa tiba-tiba kedengaran lagi. Syakir terus mengekalkan momentum senyumnya.

" Terima kasih abang Zam. "




Begitulah ucapan yang sering diucapkan dari seorang akh kepada akh yang lain tika ulang tahun kelahirannya ke muka bumi ini. Sebagai tanda meraikan.

" Syak balik Terengganu hari ni? "

Abang Azam yang masih berdiri di hadapannya menyoal.

" Ha'ah. Saya balik sekejap lagi abang Zam. Tunggu Umar pergi ambil kereta. " Jelasnya.

Lelaki itu senyum pada Syakir. Dia tahu benar persis apa Syakir di hadapannya. Anak muda yang tepat usiannya 23 tahun hari ni. Hampir dua tahun dikenalinya. Mungkin juga lebih. Ah, abaikan itu. Mungkin faktor usia barangkali menyebabkan ingatan kian lemah !

Setiap kali ulangtahun kelahirannya, Syakir pasti akan pulang ke Terengganu. Katanya, untuk bertemu Abah dan menziarah kubur arwah Uminya. Abang Azam faham. Faham tujuan sebenar Syakir itu. Dan abang Azam kembali mengulangi kata-katanya lagi hari ini.

" Hari ni cukup 23 tahun ibu Syakir melahirkan Syakir. Dan ini bermakna, 23 tahun yang lalu, seorang wanita itu bertarung dengan nyawanya untuk Syakir melihat cahaya, untuk Syakir merasa kenikmatan dan ujian dunia. Boleh jadi suatu rahmat yang besar itu Allah tarik 23 tahun yang lalu, dan masa akan datang pun belum tentu akan dipanjangkan oleh-Nya. Kerana saat ini, ada orang yang tidak pernah merasainya, juga yang telah kehilangannya. Jadi, selamat 23 tahun. "

Syakir senyum bercampur terharu. Kali ketiga dia mendengar ucapan itu dari abang Azam. Sangat bermakna. Bermakna sepanjang kali pertama dia mendengarkan ucapan itu dua tahun lalu ketika usianya menginjak angka 21 hinggalah sekarang. Itulah hadiah terbaik dari seorang abang yang banyak mengajarnya tentang hidup yang sebenar. Abang yang sudah dianggap seperti saudaranya sendiri.

" Terima kasih abang Zam, kasih yang ikhlas dari hati saya untuk abang Zam. Sampai bila-bila saya akan ingat kata-kata dan pesan tu. "

Sekuntum senyum sedari tadi yang tak pernah lekang dari bibirnya  masih dikekalkan dalam momentum yang terbaik. Syakir peluk abang Azam. Abang Azam membalas dengan merangkul Syakir yang lebih tinggi dua inci daripadanya itu. Erat. Ukhuwah terindah kerana Allah.

Selang beberapa saat. Satu pesanan masuk menerusi aplikasi whatsapp Syakir. Dia yakin itu pasti dari Umar. Setelah keyakinan dihadapkan dengan bukti yang nyata setelah pesanan itu dibacanya. Syakir permisi.

" Abang Zam, saya kena gerak dulu. Umar dah tunggu. "

Abang Azam mengangguk. Keduanya berpisah di situ.


...........................................




Perodua MyVi hitam itu meluncur sederhana laju di lebuh raya. Kadang-kadang agak laju. Hari ni Umar ikut Syakir balik ke Terengganu. Cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina juga kebetulan hari pertama cuti merupakan hari ulangtahun kelahiran ' housematenya' di UPSI merangkap rakan sekuliah dan rakan baiknya sendiri, Ahmad Syakir. Umar excited.

Pagi tu mereka bertolak dari Kolej Za'ba seawal jam 7.30 pagi. Antara salah satu kolej kediaman yang disediakan untuk penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris, sekitar kawasan Tanjung Malim.
Jangkaannya, mungkin mereka tiba ke kampung Syakir sekitar lewat petang.

" Syak , aku super excited ni. "

Umar bersuara memecahkan kesunyian yang agak tidak berapa lama pun sebenarnya sunyi. Sebenarnya, Umar ni jenis tak suka diam lama-lama. Ketara perbezaan dengan Syakir.

Syakir gelak kecil mendengar luahan kata Umar.

" Eh, apasal kau gelak pulak Syak? "

Dia bertanya sambil fokus pada pemanduannya. Sesekali dia menolah pada Syakir di sebelahnya. Agak ingin tahu.

" Cool lah Umar, tak payah nak excited sangat. Kampung aku tu biasa-biasa je kot. Macam kampung-kampung yang kita pernah pergi dulu-dulu masa join group abang zam atau masa kita pergi buat kajian tu. "

" La. tu lain Syak, tak sama lah aku rasa. by the way, ni kan first time aku nak jejakkan kaki aku yang rasa-rasa aku lebih panjang sikit dari kaki ni kat terengganu..hehe. "

Mereka tertawa. Tapi gurauan Umar tu ada benarnya. Dan part kaki panjang tu pun ada benarnya. Memang Umar lebih tinggi sedikit dari Syakir.

" Eh Syak, aku lupa. Sanah Helwah! "

Umar tersenyum lebar ketika menoleh pada Syakir lagi.

Syakir mengangguk tanda berterima kasih. Senyuman iklas dibalas.

Umar menyambung ucapannya.

" Sanah Helwah akhi! Usia hanya sebuah angka. Yang bertambah dari awal. Yang berkurang menuju akhir. Di antaranya itulah satu ruang, yang kita namakan kehidupan. Terpulanglah kepada kita, makna apa yang perlu disi ke dalamnya. "

Syakir tersentuh dengan kata-kata umar.

" Wah, makin hebat kata-kata ucapan dari sahabat aku sorang ni. Alhamdulillah, terima kasih kembali ya akhi Umar kerana mengingatkan aku. "

" Hehe, sebenarnya kata-kata tu aku teringat dari sebuah naskah yang aku baca. Sentuhan Al-akh."

" Oh, dari Inspektor Saahab tu ke? Minat kau kat dia ye?..hehe "

" Haish. Gila kau tak minat."

Keduanya tergelak kecil.

" Aku pun minat jugak..hehe"

Tiba-tiba topik perbualan bertukar.

" Tapi the best part tentang kehidupan ni aku paling suka bila aku dengar catatan kata-kata dari Syed Qutb. Manusia yang hidup untuk dirinya sendiri, usianya amatlah pendek. Bermula dari hari kelahirannya dan tamat ketika maut. Akan tetapi, bagi mereka yang hidupnya untuk perjuangan, usianya panjang, sepanjang perjuangan itu. Bermula dari hari Adam diciptakan, dan berakhirnya ketika alam ini musnah. "

" Yes, aku pun suka that part. ". Sambung Umar.

" Doakanlah Syak, tanpa putus usaha, tanpa lelah. Semoga hidup kita ini akan sentiasa dalam perjuangan hingga akhir. Mudah-mudahan. "

Begitulah. Perbualan yang bermanfaat sentiasa terselit antara keduanya. Uhibbuki Fillah.

Apa ertinya usia panjang namun tanpa isi, sehingga boleh jadi biografi kita kelak hanya berupa tiga baris kata yang dipahatkan di nisan :
" Si fulan lahir tanggal sekian-sekian, wafat tanggal sekian-sekian. "
- KH Rahmat Abdulllah


...........................................


bersambung..



~mirasyaf












Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...