![]() |
Hati,
Sakit yang kau rasa hari ni, saat ni, atau kau undur jarum jam ke belakang, atau kau masih tertakdir melalui detik kedepan, apalah sangat nilainya. Seremuk mana, seperit mana, sesesak mana..
Apalah sangat kat atas dunia ni.
Kau tahu bukan di dunia ini tiada apa yang kekal, jadi apalah sangat..
Kau sendiri mengakui bahawa harga syurga tu cukup mahal, maka apalah sangat..
Sakit.
Tu ujian untuk kau hati.
Kadang sebagai teguran,
Kadang sebagai petunjuk,
untuk kau kenal Dia..
Dia yang memberi rasa.
Hati,
Kau jadilah kuat selalu.
Hadap saja segala mentaliti pesimis yang bersuara di sekeliling.
Kau sudah faham benar bukan?
Jangan kau lukis amarah.
Jangan kau zahirkan dendam.
Kau sendiri juga pernah melalui dulu bukan?
Saat kau tersungkur di bawah, sebanyak apa yang menghulurkan tangan dan sebanyak apa yang menghulurkan bicara.
Cuma sayang..
Sebanyak bicara itu, sebanyak itu lah lontaran sinisan.
Tapi kau kuat bukan?
Teruslah begitu.
Hati,
Sakit kau, tak sehebat manapun.
Apalah sangat..
Ada orang berjuta kali ganda lebih sakit dari kau.
Tapi, kerana Allah, sakit tu menjadi asbab gembiranya di sana.
Tak teringinkah kau untuk itu?
Hati,
Menangislah kalau kau rasa sakit.
Aku tak halang.
Aku izinkan andai itu mendamaikan gelora yang kau rasa.
Cuma, jadilah kuat selalu.
Kuat untuk menjauh dari kebencian.
Kuat untuk memaafkan.
Kuat untuk berubah menjadi kau yang leih baik.
Pedulikan perkara remeh.
Pertahankan apa yang kau wajib pertahankan.
Hati,
Kau tahu bukan kenapa aku katakan ini semua pada kau?
Kau penting bagi aku.
Aku sayang kau.
Kerana kau hati aku.
Pinjaman dari Dia untuk aku jaga dengan baik.
Maafkan aku,
Aku janji cuba sehabis mungkin untuk jaga kau dengan sebaik-baik cara.
Jadi, teruslah kuat untuk aku.
Senyumlah bersama dengan aku walau sesakit apa pun kau rasa.
Biar tak akan ada yang tahu kau cedera.
Hati,
Kau kawan, teman dan sahabat aku paling rapat di dunia.
dan aku harap, aku dan kau,
akan melangkah bersama dengan senyuman di sana ~
Untuk kau, hati aku.