Aku tak pernah menyebut tentang ini. Tak pernah menulis. Tak pernah bercerita.
Tapi hati ini rindu. Al-Fatihah untuk arwah nenek tercinta Wook binti Mat Ali.
29 Ogos 2019.
Khamis.
Masih aku ingat hari tu. hari terakhir kita bersama di dunia.
Hari aku menyaksikan kematian di depan mata.
Perginya orang yg paling aku cinta.
Tapi hari tu along tak nangis pun tuk.
Tak langsung.
Seluruh hidup aku, aku habiskan waktu dgn tuk di sisi, lebih dari mak ayah aku sendiri.
Dari usia 5 hinggalah dua dekad dan lebih cuma tuk yang selalu ada.
Dan di setiap doa aku untuk mak dan ayah akan selalu juga ada tuk di situ.
Kerana sayang aku sama.
Sebelum tuk pergi, aku juga menyaksikan dia bertarung dgn sakit dia hampir setahun dan lebih. Keluar masuk hospital tu jadi biasa.
Aku tak pernah suka hospital.
Tempat paling aku berharap aku takkan jejakkan kaki.
Tapi sebab tuk aku jadi terbiasa dengan hospital.
Ulang alik setiap hari. Bahkan tidur menemani dia setiap malam di sana.
Juga menjadi saksi tentang banyak hal di sana.
Kematian pesakit lain kadangnya.
Ada pesakit yang langsung tak ada waris menjaga.
Kerenah itu, kerenah ini.
Bagi aku hospital tu tempat yang menyesakkan dada, tapi aku tahan sebab tuk.
Along rindu tuk.
Sangat.
Rindu kebiasaan kita berdua setiap hari breakfast sama-sama sebelum aku keluar bekerja.
Rindu pertanyaan dia bila aku balik dari keje sama ada aku dah makan atau tak.
Rindu bebelan dia.
Rindu pesanan dia.
Rindu untuk sentuh dia.
Rindu untuk dengar suara dia.
Rindu..
Kalaulah walaupun untuk sekejap..
Dua bulan lebih tuk sakit teruk sebelum tuk tinggalkan dunia ni. Allah uji tuk dgn sakit sebelum dia ambik tuk. Semoga tu jadi asbab tuk diampunkan segalanya dan ditempatkan di kalangan hambaNya yg Dia redha.
Along tahu tuk sakit sangat dan bukan mudah untuk tuk hadapi sakit tu. Along tahu tuk. Tapi Along tak boleh tolong tuk apa-apa untuk hilangkan rasa sakit tuk. Along minta maaf.
Tuk org yg baik. Along tahu. Along redha tuk pergi sebab sekarang tuk tak sakit lagi. Semoga Allah lapangkan kubur tuk selapangnya dan dipermudahkan urusan tuk di alam seterusnya.
Tak ada apa along boleh buat untuk tuk melainkan doa along. Along selalu doa untuk tuk dan in sha Allah sampai bila-bila selagi Along hidup atas dunia ni.
Terima kasih sbb hadir dlm hidup along. Sayang along. Selalu peduli pasal along.
Along syg tuk sampai bila-bila.
๐
yang datang dan pergi, semoga jadi pengingat diri. bahawa sejatinya, akhiratlah tempat kembali.
Alhamdulillah, untuk baiknya Tuhan.
No comments:
Post a Comment