Welcome to theredgirl's blogs

Wednesday, March 31, 2021

Lelaki

Lelaki.

Memang semua lelaki sama je tapi tak akan pernah serupa. 

Lelaki tu terhormat kerana usahanya,
kerana kuatnya bekerja dan kerasnya berjuang.
Seperti apa pun pekerjaannya, bahkan seorang kuli bangunan sekali pun dia tetap terhormat.
Kerana ketika dia bekerja, di situ letaknya harga diri dia. 


Untuk kamu si gula-gula hatiku kelak, yang masih aku nanti jika diizin di dunia..

Moga kamu sosok yg selalu kuat dan mampu menguatkan aku. 
Perlihatkanlah kuat pada semua kecuali aku kerana aku tahu seperti aku, kadang kamu juga perlu difahami lelahmu. 
Kerana kamu tujuanku bukan yang lain. 
Tetaplah keras pada pekerjaanmu dan carilah kelembutanmu dari aku. 
Meski aku tahu aku bukanlah perempuan terbaik moga ada kebaikan dariku yang Dia kirimkan untukmu. 

Si gula-gula hatiku, 

Perempuan itu dipilih dan dinikahi kerana empat perkara. 
Harta, keturunan, kecantikan dan agama. 
Namun jika nanti kau dan aku dipertemukan, ketahuilah tidak ada satu pun dari itu yang melengkapkan diri aku untuk menjadi pilihan yang sempurna. 
Aku masih bertatih mengubah diri. 
Aku masih mengejar dan memeluk iman yg masih naik dan turun tak pernah selari. 
Aku cuma aku, sedikit pun tidak ada lebihnya. 
Sedikit pun tak mendekat pada kesempurnaan. 
Jika aku adalah tujuan, 
lengkapilah aku dengan lebihmu, 
tegurlah salahku dengan lembutmu, 
perbaikilah kurangku dengan hormatmu. 
cintailah aku dengan akal dan hatimu. 

Si gula-gula hatiku, 

Doaku cuma satu, untuk terakhir kali dalam hidupku semoga hati ni cuma akan terbuka untuk kamu, tujuanku yg sesungguhnya. Bukan lagi pada apa yg bukan. 

Moga hati ni tidak terpaut pada apa yang bukan milikku. 

Alhamdulillah, untuk baiknya Tuhan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...