Welcome to theredgirl's blogs

Saturday, February 19, 2022

Jauh


Aku suka langit
suka yang nyaman
padanya, 
tiada keterpaksaan
tiada pengharapan
hanya tenang
cuma damai

Tapi langit tu jauh
sekadar mampu untuk dipandang 
untuk dikagumi
menyentuh adalah hal yang tak mungkin
kerana aku cuma di bumi, 
selayaknya aku

Kadang aku cemburu, pada awan yg sedikit mendekat
Tapi awan tu cantik, 
putih dan bersih 
dan dia sememangnya berada di tempatnya 

Aku cuma di bumi,
mengejar tidak
dikejar tidak 
dipandang tidak

Tapi aku senang,
punya langit untuk dikagumi
dengan hati yang penuh
suka tapi tahu tidak memiliki
suka tapi tahu langit dan bumi tu jauh berbeza
suka tapi tahu, 
tidak semua suka harus mendekat

~


Tuesday, October 05, 2021

Surat untuk Miftahuddin



Miftahuddin.

Sebuah nama yg hampir sedekad aku simpan, masih menunggu pemiliknya.

Seorang lelaki yg aku ingin, sebagai penyejuk mata penenang jiwa, juga sekaligus menjadikan aku syurganya.

Nama yang hadir dulu di hati aku, bahkan sebelum aku terfikir untuk memohon pada Tuhan sesuatu kebaikan dari sisinya untukku.

Miftahuddin, bertemu di dunia atau tidak, aku percaya yang kau akan hadir untukku.

Miftah,

andai takdir menemukan kita di dunia, aku tahu dan pasti akulah yang akan mencintaimu tanpa batas dan syarat.

Akulah yg akan selalu ada selagi kau memerlukanku.

Akulah yg akan selalu percaya dengan mimpimu dan memegang tanganmu untuk menggapainya.

Akulah yg aku merisaukan sedih dan bahagiamu melebihi diriku sendiri.

Dan pasti hari pertama bertemumu, keringat darah dan air mataku akan tumpah tapi segalanya tidak akan mampu melebihi bahagia dan syukurku.

Miftahuddin,

Ku doakan kau menjadi lelaki yg baik, jika panjang umurku, akan aku pegang tanganmu, mencuba menunjuk padamu seperti apa menjadi sosok manusia dan lelaki yg baik, semampuku dgn segala keterbatasanku.

Cukup itu dulu pesanku di surat yang pertama ini untukmu..

Cintaku, aku sayang padamu dari dulu, hari ini, saat nanti bertemumu hingga selamanya.

Miftahuddin,
doakan ibumu, atau apa pun panggilan mu untukku kelak.. moga aku layak untuk menggenggam kamu di pangkuanku.

Seharusnya ayahmu dulu yg harus aku temukan dalam perjalanan ini, sehingga waktu itu tiba.
Dan semoga dia adalah yg terbaik untuk kita.
Baik untuk hati, agama, dunia dan akhirat.

Salam sayang dari sedekad yg lalu dan selamanya.

#FuturemessageforMiftah







Wednesday, March 31, 2021

Lelaki

Lelaki.

Memang semua lelaki sama je tapi tak akan pernah serupa. 

Lelaki tu terhormat kerana usahanya,
kerana kuatnya bekerja dan kerasnya berjuang.
Seperti apa pun pekerjaannya, bahkan seorang kuli bangunan sekali pun dia tetap terhormat.
Kerana ketika dia bekerja, di situ letaknya harga diri dia. 


Untuk kamu si gula-gula hatiku kelak, yang masih aku nanti jika diizin di dunia..

Moga kamu sosok yg selalu kuat dan mampu menguatkan aku. 
Perlihatkanlah kuat pada semua kecuali aku kerana aku tahu seperti aku, kadang kamu juga perlu difahami lelahmu. 
Kerana kamu tujuanku bukan yang lain. 
Tetaplah keras pada pekerjaanmu dan carilah kelembutanmu dari aku. 
Meski aku tahu aku bukanlah perempuan terbaik moga ada kebaikan dariku yang Dia kirimkan untukmu. 

Si gula-gula hatiku, 

Perempuan itu dipilih dan dinikahi kerana empat perkara. 
Harta, keturunan, kecantikan dan agama. 
Namun jika nanti kau dan aku dipertemukan, ketahuilah tidak ada satu pun dari itu yang melengkapkan diri aku untuk menjadi pilihan yang sempurna. 
Aku masih bertatih mengubah diri. 
Aku masih mengejar dan memeluk iman yg masih naik dan turun tak pernah selari. 
Aku cuma aku, sedikit pun tidak ada lebihnya. 
Sedikit pun tak mendekat pada kesempurnaan. 
Jika aku adalah tujuan, 
lengkapilah aku dengan lebihmu, 
tegurlah salahku dengan lembutmu, 
perbaikilah kurangku dengan hormatmu. 
cintailah aku dengan akal dan hatimu. 

Si gula-gula hatiku, 

Doaku cuma satu, untuk terakhir kali dalam hidupku semoga hati ni cuma akan terbuka untuk kamu, tujuanku yg sesungguhnya. Bukan lagi pada apa yg bukan. 

Moga hati ni tidak terpaut pada apa yang bukan milikku. 

Alhamdulillah, untuk baiknya Tuhan. 

Friday, January 15, 2021

Kehilangan.


Aku tak pernah menyebut tentang ini. Tak pernah menulis. Tak pernah bercerita.

Tapi hati ini rindu. Al-Fatihah untuk arwah nenek tercinta Wook binti Mat Ali.

29 Ogos 2019. 

Khamis. 

Masih aku ingat hari tu. hari terakhir kita bersama di dunia.
Hari aku menyaksikan kematian di depan mata.
Perginya orang yg paling aku cinta.
Tapi hari tu along tak nangis pun tuk.
Tak langsung.

Seluruh hidup aku, aku habiskan waktu dgn tuk di sisi, lebih dari mak ayah aku sendiri.
Dari usia 5 hinggalah dua dekad dan lebih cuma tuk yang selalu ada.
Dan di setiap doa aku untuk mak dan ayah akan selalu juga ada tuk di situ.
Kerana sayang aku sama.

Sebelum tuk pergi, aku juga menyaksikan dia bertarung dgn sakit dia hampir setahun dan lebih. Keluar masuk hospital tu jadi biasa.
Aku tak pernah suka hospital.
Tempat paling aku berharap aku takkan jejakkan kaki.
Tapi sebab tuk aku jadi terbiasa dengan hospital.
Ulang alik setiap hari. Bahkan tidur menemani dia setiap malam di sana.
Juga menjadi saksi tentang banyak hal di sana.
Kematian pesakit lain kadangnya.
Ada pesakit yang langsung tak ada waris menjaga.
Kerenah itu, kerenah ini.
Bagi aku hospital tu tempat yang menyesakkan dada, tapi aku tahan sebab tuk.

Along rindu tuk.
Sangat.

Rindu kebiasaan kita berdua setiap hari breakfast sama-sama sebelum aku keluar bekerja.
Rindu pertanyaan dia bila aku balik dari keje sama ada aku dah makan atau tak.
Rindu bebelan dia.
Rindu pesanan dia.
Rindu untuk sentuh dia.
Rindu untuk dengar suara dia.
Rindu..

Kalaulah walaupun untuk sekejap..

Dua bulan lebih tuk sakit teruk sebelum tuk tinggalkan dunia ni. Allah uji tuk dgn sakit sebelum dia ambik tuk. Semoga tu jadi asbab tuk diampunkan segalanya dan ditempatkan di kalangan hambaNya yg Dia redha.

Along tahu tuk sakit sangat dan bukan mudah untuk tuk hadapi sakit tu. Along tahu tuk. Tapi Along tak boleh tolong tuk apa-apa untuk hilangkan rasa sakit tuk. Along minta maaf.

Tuk org yg baik. Along tahu. Along redha tuk pergi sebab sekarang tuk tak sakit lagi. Semoga Allah lapangkan kubur tuk selapangnya dan dipermudahkan urusan tuk di alam seterusnya.

Tak ada apa along boleh buat untuk tuk melainkan doa along. Along selalu doa untuk tuk dan in sha Allah sampai bila-bila selagi Along hidup atas dunia ni.

Terima kasih sbb hadir dlm hidup along. Sayang along. Selalu peduli pasal along.

Along syg tuk sampai bila-bila.

πŸ’š

yang datang dan pergi, semoga jadi pengingat diri. bahawa sejatinya, akhiratlah tempat kembali.

Alhamdulillah, untuk baiknya Tuhan. 








Wednesday, January 13, 2021

Perlahan.


kadang aku ingin berteriak pada semua,
seandainya kamu merasakan jadi aku sebentar saja..
masihkan mampu hati kamu terima.
tapi.. cukuplah cuma aku, tak perlu kamu tahu seperti apa hati ni.

aku masih berjalan.
cuma perlahan.
jika kamu tanyakan tentang hati ini, sebahagiannya masih aku tutup rapi,
sampai satu waktu kelak yg aku juga tidak mengerti bila.

penat. ya, masih.
sedih. juga ya, masih.
luka. makin membaik, in sha Allah.
bahagia. in sha Allah juga selalu ada kerana janji Tuhan sesudah kesulitan tu ada kesenangan.

untuk membuka apa yg aku tutup tu tak mudah,
untuk membaik juga buntu waktu.
aku cuma manusia biasa.
dan selayaknya begitulah aku.

entah perjalanan ni masih panjang atau tak.
entah yg aku jumpa dulu nanti tu apa atau siapa.
aku biarkan waktu yang menentukan.

tak nak tergesa walupun mungkin ada yang menggesa.
untuk kali ni aku ingin hentikan fikir aku tentang apa orang lain ingin.
biarlah semuanya berbalik kembali pada apa yg aku ingin.

dan aku ingin
dia..

nanti.

si gula-gula hati.
tujuan terakhir di dunia.
moga dia yg baik kerana aku perlu dia untuk jadikan aku lebih baik melalui baiknya dia.

bi idznillah..

kerana aku cuma manusia biasa dgn kurang yg banyak.
sedangkan mengantuk dan lapar saja pun boleh mempengaruhi siapa aku
ada waktunya, emosi lebih menguasai akal
ada masanya, terlalu berlebihan dgn rasa

begitulah aku.

dan bukan cuma itu..
banyak lagi tentang hidup ni yg harus aku persiapkan.

masih lagi hingga nanti..

Alhamdulillah, untuk baiknya Tuhan.

Tuesday, December 29, 2020

bye 2020 : though year but make me stronger!


i am happy, hurting, and healing at the same time.
dont ask me how im doing it coz i dont know.
but im doing it n im so proud of myself.

2020,
another year to let go.

terima byk benda, lepaskan byk perkara
hati; retak, luka, bercantum.
jiwa; lelah, tersungkur, bangkit.
mungkin tahun seterusnya pun akan masih berulang sbb hidup tak janjikan bahagia sentiasa

things change.
sometimes it hurts. sometimes it hurts a lot. sometimes it's for the best.

sometimes i have thunder hidden inside me.
sometimes i was on cloud nine.
that's life.

kadang-kadang org tgk kita bahagia je selalu.
tak ada masalah.
tapi cukuplah ujian kita biar antara kita dgn Tuhan yg tahu.
sebab Dia tahu diri ni mampu.

Allah Maha Baik.
yg kurang tu kita.
kadang kurang bersyukur
kadang selalu mengeluh
kadang iri dengan hidup orang lain
kadang berburuk sangka dgn takdir sendiri

moga-moga ke depannya jasad dan hati ni makin kuat.
perbaiki yg kurang, tidak lagi mengulang.

and,
the days go by.

Alhamdulillah, untuk baiknya Tuhan πŸ’œ


Sunday, October 04, 2020

Hiking Bukit Maras, Kuala Nerus, Trg.


tahun ni baru start nak berjinak aktif sikit dgn hiking. dulu kalau hiking pun setahun sekali je, tahun ni ada la dalam sebulan tu dua kali kot. so far aku pergi bukit besar, bukit keluang, bukit cendering dgn bukit maras. semua dalam Terengganu je tak la pro sangat hiking nak g jauh-jauh ni.

so back to hiking bukit maras je la nk share. yg lain-lain biasa je. maybe next entry kalau rajin. 

setakat ni, baru tiga kali je naik bukit maras ni. tinggi bukit maras ni dalam 329m dari paras laut. tinggi banyak sikit la dari bukit besar. bukit besar dalam 141m je dari paras laut. trek yg aku lalu ni trek tanah merah biasa je yg biasa org naik. selain tu x silap ada dua lagi trek denai tapi aku tak berapa tahu sangat. ada org cakap trek denai tu kalau nk lalu kena maklumkan dulu kt org yg handle tempat tu. wallahualam. tapi untuk newbie cam aku ni, trek biasa dia pun bleh tahan menguji dah. nasib x give up je sampai jgk kt puncak tiap kali naik.

untuk ke bukit maras ni korang boleh guna google maps je in sha Allah sampai. cuma dekat nk smpai tu kalau first time pergi tanya la org kg kat situ sebab jalan masuk dia jalan kg je dan banyak kebun org kt dalam tu. dan kalau korang parking nanti pun dalam kawasan kebun camtu jgk. kiri kanan ada kebun org tapi tempat parking ada je. kalau bwk motor lagi senang boleh masuk dalam lagi dan parking betul-betul bawah bukit tempat starting point nak naik tu. kalau dgn kereta kena jalan la sikit sbb parking kt luar je tapi dekat je x jauh pun. sambil jalan boleh view tanaman kebun kiri kanan. area bukit maras ni banyak kebun org. macam-macam tanaman ada kot. siap ada pokok durian dan pokok petai lagi. tanah kat situ tanah bukit yg merah tu jadi memang subur la.

dan trek tanah merah yg nak naik tu pun kiri kanan ada pokok durian dgn petai. kira sekali pakej cuci mata la cuma kalau kau tengah penat gila masa naik tu memang x layan la πŸ˜…. 
jalan dia jalan bukit. kejap naik kejap mendatar sikit kemudian naik lagi. xla pacak sangat tapi kalau yg x pernah hiking mane-mana lagi sebelum ni tiba-tiba pergi situ boleh tahan menyeksa jiwa jugak. 

purata masa untuk naik dan sampai ke puncak paling cepat dalam setengah jam kalau korang kaki hiking yg pro la. kalau aku naik dlm 50 minit jgk bru smpai puncak sbb stop byk kali πŸ˜‚. dan kena make sure korang pakai kasut hiking yg sesuai. ada jgk bukit yg curam sikit. dan masa nk turun pun kena hati-hati sebab tanah bukit dia jenis berpasir. kalau korang ada hiking stick tu better bwk je boleh guna masa nk turun tu. aku time turun grab je mana-mana dahan kayu yg ok yg boleh guna. jarak untuk naik guna trek tanah merah ni dalam 1.8 km. dan aku kira dari jarak aku parking jalan sampai puncak dan turun balik kt parking lebih kurang dalam 3.9km. 

memang sakit jgk nak naik dan turun kalau x biasa. tapi view atas puncak bukit maras serius memang cantik. kira berbaloi la lelah untuk naik tu bila korang sampai puncak. kalau masa sampai tu cuaca x mendung dan x ada kabus korang boleh tgk view daerah kuala nerus dari atas tu. memang cantik. 

dan kat atas puncak ni ada je jual makanan dan minuman. penduduk sekitar sini jgk yg jual. dan antara satu faktor aku naik bukit maras sebab air nyor dia memang padu gila. x tahulah sbb mmg air nyor tu yg sedap atau sebab penat naik bukit jadi semua jadi sedap hahaha. tapi serius sbb utama aku repeat bukit maras sampai tiga kali sbb air nyor tu je πŸ˜‚. biasa aku hiking hari jumaat je jadi kalau hari bkn weekend tu x pasti ada x org meniaga ats puncak tu. 

kat sini aku belanja beberapa gambar. 


dan tu je la info pasal hiking bukit maras ni. x silap kt puncak bukit ni ada jgk org buat aktiviti paragliding. sapa yg minat tu boleh la try tanya org yg berkenaan. 

sekian. 

Alhamdulillah, untuk baiknya Tuhan. 





Memilih


i dont date for fun. i date to marry.. so until i met 'that someone' i just enjoying loving myself.

Jodoh.

kdg org cakap awk ni terlalu memilih sangat bla bla sebab tu lah x kahwin-kahwin.
kdg org tanya awk ni bila nk kahwin, nanti kahwin lewat sangat susah nk dapat anak apa itu ini.

dan soalan ni bagi lelaki aku rasa tak ada la berat sangat.
tapi untuk seorang perempuan hakikatnya kdg sakit la jgk.
sebab apa?
sebab dah jadi kebiasaan orang pandang perempuan ni bila makin meningkat usia tapi tak berkahwin lagi akan mendatangkan masalah pada diri dia.
dan kdg ada juga yg siap bagi pendapat nanti kalau umur dh makin meningkat kesempatan yg tinggal pun mungkin kahwin dgn org tua atau dgn suami org.
begitulah.. manusia dan prasangka.

ada benarnya juga, aku tak cakap pandangan tu salah. mungkin dh terbiasa org tgk benda-benda mcm tu terjadi.

beginilah aku perjelaskan untuk kesekian kali. cinta dan syg tu fitrah manusia. siapa je yg tak nak kahwin. siapa je yg tak nak ada family sendiri dan ada zuriat keturunan sendiri. siapa je yg tak berusaha ke arah tu. aku rasa semua orang ada impian tu dalam hidup. aku pun sama la.

tapi takkan la semata-mata aku nak ke arah tu aku terima sesiapa saja sesuka hati tanpa tahu hati budi. semua org membuat pilihan dalam hidup dia. kita manusia ni tak sama, apa yg kita perlu juga tak sama. jgn nak samakan apa yg kita perlu atau apa yg kita dah ada dgn mempersoalkan apa org lain belum ada. kita tak tahu struggle dia untuk hidup dia macam mana.

dan kahwin ni bukanlah benda main-main. benda yg kau tgk org buat dan kau pun nak jgk tapi kau tak prepare apa-apa. banyak tanggungjawab yg akan kena hadap. dan akan percuma semua tu kalau kau setakat tahu tapi tak buat. dan akan sia-sia kalau niat untuk berkahwin tu hanya untuk cari benda bahagia je dan tak bersedia langsung untuk benda lain.

ye aku memilih. tapi aku bukan memilih rupa atau apa kau ada. aku cuma cari seseorang yg bila lihat dia aku rasa bahagia. seseorang yg biasa-biasa je tapi dia kuat berusaha untuk hidup. seorang yg matang bila waktunya dan seseorang yg aku yakin dgn dia aku boleh sama-sama usaha untuk masa depan. cukuplah jodoh yg biasa asal bukan suami orang dan dia yg tahu tujuan dan bersedia untuk tanggungjawab. kalau diizinkan dalam hidup ni nk kahwin sekali je dan selamanya. jadi ye aku memilih.

tapi jodoh tu rahsia Allah, kdg kita usaha, tapi belum waktunya tetap tak jadi jugak. mungkin sebab Dia nk beri aku waktu untuk perbaiki diri aku dulu dan aku percaya yg tepat tu tak pernah terlambat pun. dan aku masih bersabar dgn sebaik-baik sabar dan tak ada la rasa terdesak sangat soal kahwin ni.

berhenti la cakap pasal benda yg kita tak tahu.
kalau kita percaya dgn baiknya Allah, percayalah semua akan baik-baik saja. dan kahwin tak janjikan ada org jaga kita bila tua nanti kalau umur panjang, baik suami atau pun rezeki anak yg akan jaga kita. yg jaga kita cuma Allah. rezeki untuk ada suami dan anak-anak nanti pun semua atas izin Dia belaka.

setakat ni aku masih berbahagia dgn cara aku. jodoh tu pun rezeki. dan konsep rezeki ni ada tak semestinya untung, tak ada tak semestinya rugi.
sekarang aku masih boleh buat apa yg aku suka, tak terikat dengan sesiapa, masih boleh bahagia dgn mak ayah aku. nanti kalau dah kahwin tanggungjawab akan berubah. maka aku hargai kesempatan yg Tuhan beri.

daripada bertanya bila, aku lebih hargai doa semua orang untuk aku. doakan aku jumpa jodoh yg aku yakin dan dia yakin dgn aku. doakan aku jadi manusia yg lebih baik setiap hari dan moga jodoh aku juga begitu. doakan yg baik-baik in sha Allah semua akan baik-baik je.

~

Alhamdulillah, untuk baiknya Tuhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...