Welcome to theredgirl's blogs

Tuesday, October 05, 2021

Surat untuk Miftahuddin



Miftahuddin.

Sebuah nama yg hampir sedekad aku simpan, masih menunggu pemiliknya.

Seorang lelaki yg aku ingin, sebagai penyejuk mata penenang jiwa, juga sekaligus menjadikan aku syurganya.

Nama yang hadir dulu di hati aku, bahkan sebelum aku terfikir untuk memohon pada Tuhan sesuatu kebaikan dari sisinya untukku.

Miftahuddin, bertemu di dunia atau tidak, aku percaya yang kau akan hadir untukku.

Miftah,

andai takdir menemukan kita di dunia, aku tahu dan pasti akulah yang akan mencintaimu tanpa batas dan syarat.

Akulah yg akan selalu ada selagi kau memerlukanku.

Akulah yg akan selalu percaya dengan mimpimu dan memegang tanganmu untuk menggapainya.

Akulah yg aku merisaukan sedih dan bahagiamu melebihi diriku sendiri.

Dan pasti hari pertama bertemumu, keringat darah dan air mataku akan tumpah tapi segalanya tidak akan mampu melebihi bahagia dan syukurku.

Miftahuddin,

Ku doakan kau menjadi lelaki yg baik, jika panjang umurku, akan aku pegang tanganmu, mencuba menunjuk padamu seperti apa menjadi sosok manusia dan lelaki yg baik, semampuku dgn segala keterbatasanku.

Cukup itu dulu pesanku di surat yang pertama ini untukmu..

Cintaku, aku sayang padamu dari dulu, hari ini, saat nanti bertemumu hingga selamanya.

Miftahuddin,
doakan ibumu, atau apa pun panggilan mu untukku kelak.. moga aku layak untuk menggenggam kamu di pangkuanku.

Seharusnya ayahmu dulu yg harus aku temukan dalam perjalanan ini, sehingga waktu itu tiba.
Dan semoga dia adalah yg terbaik untuk kita.
Baik untuk hati, agama, dunia dan akhirat.

Salam sayang dari sedekad yg lalu dan selamanya.

#FuturemessageforMiftah







Wednesday, March 31, 2021

Lelaki

Lelaki.

Memang semua lelaki sama je tapi tak akan pernah serupa. 

Lelaki tu terhormat kerana usahanya,
kerana kuatnya bekerja dan kerasnya berjuang.
Seperti apa pun pekerjaannya, bahkan seorang kuli bangunan sekali pun dia tetap terhormat.
Kerana ketika dia bekerja, di situ letaknya harga diri dia. 


Untuk kamu si gula-gula hatiku kelak, yang masih aku nanti jika diizin di dunia..

Moga kamu sosok yg selalu kuat dan mampu menguatkan aku. 
Perlihatkanlah kuat pada semua kecuali aku kerana aku tahu seperti aku, kadang kamu juga perlu difahami lelahmu. 
Kerana kamu tujuanku bukan yang lain. 
Tetaplah keras pada pekerjaanmu dan carilah kelembutanmu dari aku. 
Meski aku tahu aku bukanlah perempuan terbaik moga ada kebaikan dariku yang Dia kirimkan untukmu. 

Si gula-gula hatiku, 

Perempuan itu dipilih dan dinikahi kerana empat perkara. 
Harta, keturunan, kecantikan dan agama. 
Namun jika nanti kau dan aku dipertemukan, ketahuilah tidak ada satu pun dari itu yang melengkapkan diri aku untuk menjadi pilihan yang sempurna. 
Aku masih bertatih mengubah diri. 
Aku masih mengejar dan memeluk iman yg masih naik dan turun tak pernah selari. 
Aku cuma aku, sedikit pun tidak ada lebihnya. 
Sedikit pun tak mendekat pada kesempurnaan. 
Jika aku adalah tujuan, 
lengkapilah aku dengan lebihmu, 
tegurlah salahku dengan lembutmu, 
perbaikilah kurangku dengan hormatmu. 
cintailah aku dengan akal dan hatimu. 

Si gula-gula hatiku, 

Doaku cuma satu, untuk terakhir kali dalam hidupku semoga hati ni cuma akan terbuka untuk kamu, tujuanku yg sesungguhnya. Bukan lagi pada apa yg bukan. 

Moga hati ni tidak terpaut pada apa yang bukan milikku. 

Alhamdulillah, untuk baiknya Tuhan. 

Friday, January 15, 2021

Kehilangan.


Aku tak pernah menyebut tentang ini. Tak pernah menulis. Tak pernah bercerita.

Tapi hati ini rindu. Al-Fatihah untuk arwah nenek tercinta Wook binti Mat Ali.

29 Ogos 2019. 

Khamis. 

Masih aku ingat hari tu. hari terakhir kita bersama di dunia.
Hari aku menyaksikan kematian di depan mata.
Perginya orang yg paling aku cinta.
Tapi hari tu along tak nangis pun tuk.
Tak langsung.

Seluruh hidup aku, aku habiskan waktu dgn tuk di sisi, lebih dari mak ayah aku sendiri.
Dari usia 5 hinggalah dua dekad dan lebih cuma tuk yang selalu ada.
Dan di setiap doa aku untuk mak dan ayah akan selalu juga ada tuk di situ.
Kerana sayang aku sama.

Sebelum tuk pergi, aku juga menyaksikan dia bertarung dgn sakit dia hampir setahun dan lebih. Keluar masuk hospital tu jadi biasa.
Aku tak pernah suka hospital.
Tempat paling aku berharap aku takkan jejakkan kaki.
Tapi sebab tuk aku jadi terbiasa dengan hospital.
Ulang alik setiap hari. Bahkan tidur menemani dia setiap malam di sana.
Juga menjadi saksi tentang banyak hal di sana.
Kematian pesakit lain kadangnya.
Ada pesakit yang langsung tak ada waris menjaga.
Kerenah itu, kerenah ini.
Bagi aku hospital tu tempat yang menyesakkan dada, tapi aku tahan sebab tuk.

Along rindu tuk.
Sangat.

Rindu kebiasaan kita berdua setiap hari breakfast sama-sama sebelum aku keluar bekerja.
Rindu pertanyaan dia bila aku balik dari keje sama ada aku dah makan atau tak.
Rindu bebelan dia.
Rindu pesanan dia.
Rindu untuk sentuh dia.
Rindu untuk dengar suara dia.
Rindu..

Kalaulah walaupun untuk sekejap..

Dua bulan lebih tuk sakit teruk sebelum tuk tinggalkan dunia ni. Allah uji tuk dgn sakit sebelum dia ambik tuk. Semoga tu jadi asbab tuk diampunkan segalanya dan ditempatkan di kalangan hambaNya yg Dia redha.

Along tahu tuk sakit sangat dan bukan mudah untuk tuk hadapi sakit tu. Along tahu tuk. Tapi Along tak boleh tolong tuk apa-apa untuk hilangkan rasa sakit tuk. Along minta maaf.

Tuk org yg baik. Along tahu. Along redha tuk pergi sebab sekarang tuk tak sakit lagi. Semoga Allah lapangkan kubur tuk selapangnya dan dipermudahkan urusan tuk di alam seterusnya.

Tak ada apa along boleh buat untuk tuk melainkan doa along. Along selalu doa untuk tuk dan in sha Allah sampai bila-bila selagi Along hidup atas dunia ni.

Terima kasih sbb hadir dlm hidup along. Sayang along. Selalu peduli pasal along.

Along syg tuk sampai bila-bila.

๐Ÿ’š

yang datang dan pergi, semoga jadi pengingat diri. bahawa sejatinya, akhiratlah tempat kembali.

Alhamdulillah, untuk baiknya Tuhan. 








Wednesday, January 13, 2021

Perlahan.


kadang aku ingin berteriak pada semua,
seandainya kamu merasakan jadi aku sebentar saja..
masihkan mampu hati kamu terima.
tapi.. cukuplah cuma aku, tak perlu kamu tahu seperti apa hati ni.

aku masih berjalan.
cuma perlahan.
jika kamu tanyakan tentang hati ini, sebahagiannya masih aku tutup rapi,
sampai satu waktu kelak yg aku juga tidak mengerti bila.

penat. ya, masih.
sedih. juga ya, masih.
luka. makin membaik, in sha Allah.
bahagia. in sha Allah juga selalu ada kerana janji Tuhan sesudah kesulitan tu ada kesenangan.

untuk membuka apa yg aku tutup tu tak mudah,
untuk membaik juga buntu waktu.
aku cuma manusia biasa.
dan selayaknya begitulah aku.

entah perjalanan ni masih panjang atau tak.
entah yg aku jumpa dulu nanti tu apa atau siapa.
aku biarkan waktu yang menentukan.

tak nak tergesa walupun mungkin ada yang menggesa.
untuk kali ni aku ingin hentikan fikir aku tentang apa orang lain ingin.
biarlah semuanya berbalik kembali pada apa yg aku ingin.

dan aku ingin
dia..

nanti.

si gula-gula hati.
tujuan terakhir di dunia.
moga dia yg baik kerana aku perlu dia untuk jadikan aku lebih baik melalui baiknya dia.

bi idznillah..

kerana aku cuma manusia biasa dgn kurang yg banyak.
sedangkan mengantuk dan lapar saja pun boleh mempengaruhi siapa aku
ada waktunya, emosi lebih menguasai akal
ada masanya, terlalu berlebihan dgn rasa

begitulah aku.

dan bukan cuma itu..
banyak lagi tentang hidup ni yg harus aku persiapkan.

masih lagi hingga nanti..

Alhamdulillah, untuk baiknya Tuhan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...