2011 and still counting. Bacalah dengan izin. Sungguh aku manusia mudah tak sepayah kau fikir.
Welcome to theredgirl's blogs
Sunday, September 27, 2020
Kenangan.
Friday, September 25, 2020
Kapas Island: Daytrip & 2D1N
Kamu yang menyenangkan ~
Thursday, September 24, 2020
Move on.
Wednesday, September 23, 2020
Matang.
Tuesday, September 15, 2020
No mean yes
Kasut kita tak sama.
Treat people with kindness.
buatlah baik kerana kita nak jadi baik bukan sekadar untuk tunjuk kita ni baik.
semua orang ada ujian masing-masing. cuma mungkin kita je tak nampak sbb kita terlalu fokus pada diri kita. fokus pada sakit kita, fokus pada kecewa kita. dan kita rasa org lain beruntung sebab tak rasa apa kita rasa.
sedangkan dia, mungkin ujiannya lebih besar daripada kita.
mungkin beza dia dgn kita, kita cerita pada semua orang masalah kita dan dia cuma pilih untuk bercerita antara dia dengan Tuhan.
berbaik sangkalah, cuma tu yg tinggal antara kita.
berlembutlah dgn rasa kita pada org lain.
hidup ni membentangkan bermacam pilihan. memang kita memilih. tp kadang pilihan tu sendiri ada pro dan kontranya. setiap pilihan tu tak janjikan kita bahagia sentiasa. tak juga janjikan derita sepenuhnya.
semuanya nanti akan kita pandang hikmahnya bila kita belajar lapangkan hati dan bukakan mata.
Kita tak sama, kaki kita tak pakai kasut yg sama, jadi selagi kita tak rasa apa kaki org tu rasa dalam kasut dia, jgn mudah untuk perlekehkan atau persoalkan kenapa.
bukan semua orang membuat pilihan dalam hidup dia sebab diri dia. kadang orang memilih sesuatu sebab dia fikirkan banyak hal, bukan tentang diri dia semata-mata.
ujian kita memang tak sama.
dan kena ingat satu benda, kita diberi sesuatu ujian tu sebab kita mampu.
Allah tahu kita mampu sebab tu Dia beri. jadi kenapa perlu kita persoalkan kenapa dan mengapa?
redha. tu jawapan untuk segala sakit.
pada redha ada ketenangan.
Alhamdulillah, untuk baiknya Tuhan.
Yakin.
sebaik-baiknya cerita, adalah jalan cerita Allah.
soal jodoh. bukan mencari yg sempurna. bukan juga memilih. melainkan cuma mencari satu sosok yang meyakinkan hati.
yakin dia mampu menerima kurang dan lebih diri seadanya.
yakin dia mampu mengendalikan sabarnya dgn baik saat kita kdg terpalit dgn kebodohan sendiri atau saat kita tanpa sengaja melukakan hati.
yakin dia mampu untuk selalu ada saat duka dan bahagia kita.
yakin bahawa dia lah yg akan tetap percayakan kita walau mungkin satu masa nanti seluruh dunia berpaling dari kita.
yakin dia mampu genggam tangan kita bukan sekadar di dunia.
jodoh tu adalah keyakinan.
walau siapa pun dia, bukan soal rupa, bukan soal harta. tapi soal yakin. juga soal komitmen dan tanggungjawab.
tu definisi jodoh bagi aku.
jodoh bukan dari cinta, tapi dia yg akan hadirkan cinta.
mungkin mudah berkata bagi orang yg sudah Allah izinkan bertemu jodohnya di dunia. tapi percayalah, aku bukan memilih untuk mencari yg sempurna.
siapa aku kalau aku memandang rupa.
siapa aku kalau aku memilih harta.
siapa aku.
aku bukan sesiapa.
jodoh tu adalah cerminan diri. tu yg aku percaya.
seseorang pernah cakap kat aku, walau siapa pun yg jadi jodoh kita nanti, kita kena percaya bahawa dia adalah jodoh yg mmg dh terbaik untuk kita.
aku ingat kata-kata tu dan akan ingat sampai bila-bila.
cukuplah dia yg biasa-biasa, yg rajin usaha, yg setia dan tahu menghargai. yg keluarganya juga mampu menerima diri aku seadanya. sebab jodoh tu bukan antara dua jiwa tapi dua keluarga.
kalau ada jodoh di dunia..
dah jgn tanya aku lagi bila nak kawin, sape tak nak kawin, semua org nak kot. bukan juga tak usaha, tapi dah Allah kata seperti ajal kita jodoh tu juga rahsia.
yg tepat takkan pernah terlambat.
Alhamdulillah, untuk baiknya Tuhan.
Sunday, September 06, 2020
Aku.
Percaya.
Ada tiga benda paling mahal bagi aku dalam hidup ni.
Cinta. Setia. Percaya.
Cinta. bukan dari mulut tapi hati.
Setia. merasa cukup dgn dia walaupun dia tak sempurna. menerima seadanya. menjaga untuk tidak melukai. memahami bkn hanya berharap untuk difahami.
dan, Percaya.
Kepercayaan tu sangat bermakna.
Aku bukan sejenis mudah beri rasa percaya. Tapi aku sangat menghargai org yg boleh percayakan aku. Sangat.
Percayalah.
Bukan semua orang suka memandang semua.
Bukan semua orang juga suka dipandang semua.
Aku tak pernah pandang apa org ada untuk berkawan dengan sesiapa.
dan aku tak harap juga untuk semua org pandang
aku atau apa aku ada.
Aku memang tak ada apa-apa pun.
Aku juga dah terbiasa usaha sendiri untuk segala benda yg aku nak dlm hidup ni. Sampai satu tahap aku terasa sangat malu jika aku harus meminta pada orang walaupun benda tu benda kecik je.
Aku bukan org senang tapi biarlah aku tak jadi org yg menyusahkan. Selagi mampu usaha, aku usaha. Selagi mampu aku bertahan in sha Allah aku kuat.
Tapi kadang org anggap aku ego. keras kepala. jenis hati batu. Mungkin sebab aku jarang tunjukkan sisi lemah aku pada orang. Seteruk apa pun sakit, aku tak pernah menangis dpn sesiapa. Tak pernah mengadu pada sesiapa. Diam. tu cara terbaik aku hapuskan rasa. juga cara terbaik untuk aku tak lukakan hati orang lain.
Seteruk apapun hati ni rabak, memang orang akan nampak aku bahagia dan tenang je.
Kadang orang anggap aku ni jenis sambil lewa je. tak pernah ambil kisah sangat pasal org. Tapi cuma Dia yg tahu, kalau kau aku sayang selamanya kau ada dalam doa aku. selamanya kau ada dalam ingatan aku. walaupun mungkin kita tak bertegur sapa lagi, bukan bermakna aku membenci. aku tak pernah tukarkan sayang pada benci kecuali kau yg melampaui batas terhadap diri kau sendiri.
Aku jenis simple. tak pandai nk terlebih tunjuk apa aku rasa. takde nk berpura2. Mungkin sebab tu org rasa aku biasa2 je. Mungkin sbb tu org susah nk percaya.
dan sekarang, tak kisah la seperti apa sangkaan org pada aku. aku terima. baik atau buruk semuanya tergantung pada hati sesiapa saje untuk menilai.
aku juga dah penat. ada benda yg tak perlu diperjelaskan sebab kalau kau percaya seperti apa aku, aku takkan ada dalam sangkaan buruk tu.
begitulah. tak perlu aku ceritakan siapa aku kalau kau sendiri memilih untuk tak nak mendengar. tak perlu aku terangkan segala sebab semua tu percuma.
coretan akhir tentang hati. aku takkan tulis lagi. aku tutup sepenuhnya.
mungkin nanti, sehingga blog ni aku singgah lagi, aku isikan dengan apa yg bermanfaat saja untuk dikongsi.
Alhamdulillah, untuk baiknya Tuhan.
Thursday, September 03, 2020
☁️
kdg diberi hati kita patah, untuk tunjukkan pilihan kita salah. apa yg kita mahu kdg bukan apa yg kita perlu.
dan kdg apa yg kita tak terfikir dan terjangka sebenarnya adalah tujuan kita.
semua tergantung pada baik sangka kita pada Tuhan.
patah tak selamanya luka. nanti yg patah akan tercantum semula. walaupun mungkin ada parut yang tertinggal tapi parut tu boleh kita bangga sebagai kuatnya seorang kita.
tetaplah jadi diri kita yg baik. mungkin sebahagian org sibuk mencari yg terbaik sehingga dia sendiri lupa untuk memperbaiki diri dia sendiri. moga kita tidak begitu.
moga aku tidak begitu.
lumrah manusia. bukan semua datang untuk selalu ada. ada yg singgah sebagai ujian. ada yg menetap sebagai tujuan.
moga nanti aku temukan tujuan.
untuk yg pergi atau apa yg pergi, syg aku kerana Tuhan. walau bukan tujuan, selalu ada doa dan ingatan. tak mungkin ada benci atau dendam.
Alhamdulillah, untuk baiknya Tuhan.