agak lama blog ni aku tinggal sepi. so here i am. again. aku fikir blog ni mungkin aku tinggal mati je. tapi entah september ni mungkin sbb dia jadi saDtember kot sbb tu aku kembali.
aku rasa dah beratus kot entry aku kt blog ni. tapi ada yg aku padam. ada yg aku drafkan balik. jadi dari 2011 hingga sekarang tinggal cuma 2 3 ketul je yg still aku publish dan beberapa entry baru. sbb byk yg dulu tulisan yg tak berapa matang sangat aku rasa. lagipun zaman sekarang mne ada orang main blog lagi kot. so biarlah kt sini jd tempat aku campak apa aku rasa sebab aku tahu tak ada org akan singgah dan baca lagi pun.
jadi berbalik pada topik. kematangan.
apa tu matang?
bagi aku matang tu bila kau boleh berfikir dengan lebih terbuka tentang satu-satu hal sama ada hal yg membahagiakan ataupun sebaliknya.
matang tu bila kau tak mudah sentap. tak mudah marah. tak mudah buat keputusan melulu. tak mudah beremosi berlebihan. kau ada pendapat kau tapi kau masih menerima juga pendapat orang lain.
matang tu bila kau tak menilai org semata-mata daripada luaran dia. tak mengandaikan sesuka hati apa orang lain rasa.
matang tu juga bila kau faham dan memaknai tanggungjawab. kita ni manusia semua terlahir dengan tanggungjawab. lelaki ke perempuan ke sebenarnya sama je. semua ada tanggungjawab masing-masing.
dan tanggungjawab ni bukan setakat tahu atau pandai bercakap je. tanggungjawab ni benda yg kita kena buat. suka atau tak kita tetap kena buat. sbb hidup bkn hanya tentang diri kita tapi tentang orang lain juga.
mcm nak kahwin juga. bukan untuk suka-suka. bukan untuk cuba-cuba. kahwin ni dtg dgn pakej lengkap bermacam-macam tanggungjawab kau kena hadap. kalau boleh nk kahwin biarlah sekali je dan selamanya sampai syurga kalau Allah izin. sebab tu sangat penting untuk kita jadi matang. ataupun setidaknya mencari pasangan yg matang. yg boleh berkongsi pendapat tentang hidup, berkongsi tanggungjawab, berkongsi percaya, berkongsi senang dan susah, berkongsi sakit dan bahagia. yes. kawin ni tentang berkongsi bukan tentang semata-mata diri kau lagi. sebab tu kena matang. kena siapkan diri bukan setakat keinginan yg membuak-buak je tapi yg lain masih kelaut. ni contoh la.
dan matang ni kita tak boleh tgk atau nilai dari usia org. kdg ada org walaupun masih muda lagi dia dah boleh berfikir dan bertindak dgn matang. dan kdg ada org walaupun dh berusia tapi masih susah untuk buang ego dan terima pendapat org lain.
matang is chill. hadap masalah. tak lari dan tak pula menyalahkan org lain. kdg-kdg cara, pertanyaaan dan pemikiran kita sedikit sebanyak tunjukkan siapa kita. jadi hadaplah apa pun dalam hidup ni dgn cara yg paling baik, jgn simpan ego tinggi sangat. dan belajarlah untuk mendengarkan orang lain juga bukan setakat mengharapkan orang lain untuk mendengarkan kita.
cuma pendapat aku. dan aku tak cakap yg aku ni matang. emosi pun still kelaut jgk kdg-kdg. cuma ada masa kita kena pandai mengontrol diri. pandai juga mempersiapkan diri. bertindak kena guna akal dan hati. bukan hati je.
wallahualam..
Alhamdulillah untuk baiknya Allah.
No comments:
Post a Comment