Welcome to theredgirl's blogs

Sunday, September 27, 2020

Kenangan.


Rindu.

byk benda aku rindu.
bukan benda je. manusia pun.

masa berjalan.. byk benda berubah.

ada yg dulu ada, sekarang tak lagi.
ada yg dulu rapat, sekarang menjauh pergi.

begitulah hidup.

aku tak salahkan sesiapa.
mungkin sebahagian dari apa yg berubah juga salah diri aku sendiri.

dan kdg kita juga kena terima bkn semua org pantas untuk kita pertahankan atau perjuangkan. cukuplah untuk kita hargai diri sendiri. 

i miss u a lot today.
u.
my heart knows.
but let it be.

nanti lama-lama akan hilang juga.

kadang yg menyakitkan bukanlah rindu tapi kenangan yg pernah tercipta. 
kebiasaan yg sekarang tak lagi jadi biasa. 
dan kesempatan yg dah berakhir tak mungkin lagi bersambung kembali. 

hidup aku tetap berjalan. 
dgn atau tanpa kamu aku masih tetap aku. 
masih berbahagia dgn cara aku. 
sama seperti kamu; yg sekarang aku pilih untuk pandang cuma dari jauh. 
pandang bkn sbb aku masih berharap semua akan kembali seperti dulu; memang tak lagi
tapi aku bahagia lihat kau bahagia. 
sebab bahagia tu bkn setakat memiliki. 
cukup sekadar itu. 

untuk waktu ni, cuma tentang diri aku. 
hargai dan bahagiakan diri sendiri. 
buat apa aku suka. 
tak perlu fikir apa org lain fikir sbb yg menilai siapa aku cuma Dia. 

tak nak cari. 
tak nak gali.
tak nak buat apa-apa. 
bukan berputus asa; tapi aku hibernasikan diri aku buat masa ni dari segala rasa. 

sehingga nanti.. 

~
Alhamdulillah, untuk baiknya Tuhan. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...