Treat people with kindness.
buatlah baik kerana kita nak jadi baik bukan sekadar untuk tunjuk kita ni baik.
semua orang ada ujian masing-masing. cuma mungkin kita je tak nampak sbb kita terlalu fokus pada diri kita. fokus pada sakit kita, fokus pada kecewa kita. dan kita rasa org lain beruntung sebab tak rasa apa kita rasa.
sedangkan dia, mungkin ujiannya lebih besar daripada kita.
mungkin beza dia dgn kita, kita cerita pada semua orang masalah kita dan dia cuma pilih untuk bercerita antara dia dengan Tuhan.
berbaik sangkalah, cuma tu yg tinggal antara kita.
berlembutlah dgn rasa kita pada org lain.
hidup ni membentangkan bermacam pilihan. memang kita memilih. tp kadang pilihan tu sendiri ada pro dan kontranya. setiap pilihan tu tak janjikan kita bahagia sentiasa. tak juga janjikan derita sepenuhnya.
semuanya nanti akan kita pandang hikmahnya bila kita belajar lapangkan hati dan bukakan mata.
Kita tak sama, kaki kita tak pakai kasut yg sama, jadi selagi kita tak rasa apa kaki org tu rasa dalam kasut dia, jgn mudah untuk perlekehkan atau persoalkan kenapa.
bukan semua orang membuat pilihan dalam hidup dia sebab diri dia. kadang orang memilih sesuatu sebab dia fikirkan banyak hal, bukan tentang diri dia semata-mata.
ujian kita memang tak sama.
dan kena ingat satu benda, kita diberi sesuatu ujian tu sebab kita mampu.
Allah tahu kita mampu sebab tu Dia beri. jadi kenapa perlu kita persoalkan kenapa dan mengapa?
redha. tu jawapan untuk segala sakit.
pada redha ada ketenangan.
Alhamdulillah, untuk baiknya Tuhan.
No comments:
Post a Comment