kdg diberi hati kita patah, untuk tunjukkan pilihan kita salah. apa yg kita mahu kdg bukan apa yg kita perlu.
dan kdg apa yg kita tak terfikir dan terjangka sebenarnya adalah tujuan kita.
semua tergantung pada baik sangka kita pada Tuhan.
patah tak selamanya luka. nanti yg patah akan tercantum semula. walaupun mungkin ada parut yang tertinggal tapi parut tu boleh kita bangga sebagai kuatnya seorang kita.
tetaplah jadi diri kita yg baik. mungkin sebahagian org sibuk mencari yg terbaik sehingga dia sendiri lupa untuk memperbaiki diri dia sendiri. moga kita tidak begitu.
moga aku tidak begitu.
lumrah manusia. bukan semua datang untuk selalu ada. ada yg singgah sebagai ujian. ada yg menetap sebagai tujuan.
moga nanti aku temukan tujuan.
untuk yg pergi atau apa yg pergi, syg aku kerana Tuhan. walau bukan tujuan, selalu ada doa dan ingatan. tak mungkin ada benci atau dendam.
Alhamdulillah, untuk baiknya Tuhan.
No comments:
Post a Comment