Yes mean no. No mean yes.
Perempuan.
perempuan tu sederhana, yg rumit tu perasaan dia. hati cakap lain tapi buat lain.
aku juga perempuan. aku akui perempuan ni seorang perasa. terlalu banyak rasa. setiap masa bertukar-tukar. seperti mana langit yg kau pandang cerah tiba2 jadi mendung. atau seperti kau sedang lihat pelangi selepas hujan tiba2 keluar kilat memancar. tak terjangka.
bukan aku nak seperti tu, tapi dah memang begitu.
sebab tu kadang aku pun tak faham dengan diri aku. complicated jugak sebenarnya jadi perempuan ni.
apa yang paling perempuan perlu?
kalau tanya aku, ada dua je.
perhatian dan kepastian.
mana-mana perempuan atas dunia ni aku rasa tak ada satu pun yang tak nak dua benda tu. kecuali lah kalau perempuan tu memang jenis tak serius dgn hidup dia sendiri.
cara perempuan berfikir memang tak macam lelaki. lelaki memang akan fikir straight kepada satu benda logik. tapi perempuan berfikir lebih pada tu. walaupun benda tu kecik je tapi dia boleh berpecah jadi cabang yg sangat besar.
sebab tu dia perlukan perhatian.
sebab tu dia perlukan satu kata-kata pasti tentang sesuatu benda.
sebab tu dia suka tanya soalan yg sama berulang kali.
dan kdg2 walaupun dia dah tahu jawapan untuk satu2 benda tu dia still tanya jgk.
leceh betul.
tapi pada perempuan tu ada sayang yg paling ikhlas. kdg2 dia memberi lebih pada apa yg dia terima. seperti seorang ibu. dia tak berkira dgn apa-apa pun bila dia cinta. mungkin kadang fikir dia tak panjang tapi bila masuk bab berkorban untuk orang yg dia sayang, seorang perempuan memang tak akan pernah berkira.
sebab tu berlembutlah dengan perempuan.
jaga bukan rosakkan.
hormat bukan perlekehkan.
dan bagi seorang perempuan.. yg mengawal diri dia dari bersikap luar batas adalah maruah diri dan malu.
dan waktu sekarang malu tu tersangatlah mahal.
~
No comments:
Post a Comment